PENGARAH
YANG MULIA DR HAJI MOHAMMED HUSSAIN BIN PEHIN PENYURAT HAJI AHMAD
SETIAUSAHA TETAP, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
DAN MERANGKAP
PENGARAH BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
JABATAN PERDANA MENTERI
Dr Haji Mohammed Hussain telah dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama mulai 01 Julai 2026 dan dalam masa yang sama merangkap sebagai Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Jabatan Perdana Menteri sejak dilantik pada 01 Jun 2021.
Sebelum pelantikan sebagai Pengarah BKISHHB, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting seperti berikut:
• Timbalan Rektor di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kementerian Pendidikan (26 Jun 2014 – 31 Mei 2021);
• Pensyarah Kanan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam (12 Mei 2014 – 25 Jun 2014);
• Pemangku Penolong Rektor UNISSA (16 Jun 2012 – 31 Julai 2013);
• Pensyarah Kanan Fakulti Usuluddin, UNISSA (09 Julai 2011 – 11 Mei 2014);
• Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA (01 Ogos 2010 – 31 Disember 2012);
• Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA (20 Ogos 2009 – 31 Julai 2010);
• Pensyarah Fakulti Usuluddin, UNISSA (01 April 2008 – 08 Julai 2011);
• Pensyarah IPISHOAS, UBD (17 Februari 2003 – 31 Mac 2008); dan
• Tutor, Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (IPISHOAS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) (20 Januari 2003 – 16 Februari 2003).
Dr Haji Mohammed Hussain menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Hadith dan
Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 2000. Pada tahun 2003, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Hadith dari Universiti Jordan, Amman. Pada tahun 2009 beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Arab dan Islam dari the Department of Arabic and Islamic Studies, School of Languages and Cultures, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Sydney, Australia.

