KURATOR ETNOGRAFI

YANG MULIA PENGIRAN NORAZAH BINTI PENGIRAN HAJI MUHAMMAD

KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN PAMERAN DAN LAWATAN

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

JABATAN PERDANA MENTERI

Pengiran Norazah binti Pengiran Haji Muhammad mula berkhidmat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 1 April 2021.

Sebelum menyertai Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, beliau berkhidmat di Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Etnografi mulai 1 Mei 2002. Pada 9 April 2005, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Etnologi.

Sepanjang perkhidmatan beliau, beberapa jawatan pengurusan telah diamanahkan kepada beliau, antaranya sebagai Pengurus Muzium Teknologi Melayu dari 9 Julai 2016 hingga 8 Oktober 2017, diikuti sebagai Pengurus Muzium Alat Kebesaran Diraja dari 1 Februari 2018 hingga 31 Disember 2019. Seterusnya, pada 2 Januari 2020, beliau ditempatkan di Pejabat Pengarah sebagai Desk Officer. Pada 27 Januari 2021, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Kurator Etnografi dan ditempatkan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri.

Dari segi kelayakan akademik, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Brunei (Major) serta Bahasa Melayu dan Linguistik (Minor) daripada Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2001. Seterusnya, pada tahun 2009, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Social Anthropology daripada University of Manchester, United Kingdom.