Loading Events

« All Events

Pembukaan Bilik Rambut Mulia Rasulullah ﷺ di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

July 15 @ 9:00 am - July 18 @ 5:00 pm

Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80, Bilik Rambut Mulia Rasulullah ﷺ di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan dibuka kepada orang ramai selama tiga (3) hari, bermula 15 hingga 18 Julai 2026, kecuali Hari Jumaat.

Bilik Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ dibukakan kepada orang ramai mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali pada 15 Julai 2026 dari pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang.

Galeri Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah, serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ‎ﷺ dan sebagainya.

Marilah datang beramai-ramai ke Galeri Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan hayati sendiri keindahan serta keagungan warisan Islam.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi +673 8153264. Manakala bagi pertanyaan mengenai tiket boleh terus menghubungi +673 8153267 atau 2241697.

Jumpa awda di sana!

Details

  • Start: July 15 @ 9:00 am
  • End: July 18 @ 5:00 pm
  • Event Category: