PEGAWAI ETNOGRAFI
YANG MULIA PENGIRAN MOHAMMAD WAFI BIN PENGIRAN HAJI ABDUL RAHIM
KETUA BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
JABATAN PERDANA MENTERI
Pengiran Mohammad Wafi bin Pengiran Haji Abdul Rahim merupakan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB). Beliau memulakan perkhidmatan dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2019 sebelum dilantik sebagai Pegawai Etnografi di BKISHHB pada tahun 2021. Beliau mempunyai latar belakang akademik dalam bidang Pengajian Brunei (Secara Penyelidikan) dari Universiti Brunei Darussalam.
Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau merangkumi warisan budaya material Brunei, khususnya kain tenunan, serta etnografi dan permuziuman. Sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, beliau memberi perhatian kepada pengurusan dan pembangunan bidang penyelidikan di BKISHHB melalui pengkajian, pendokumentasian dan penerbitan berkaitan koleksi khazanah BKISHHB, serta usaha memperluas akses terhadap sumber dan hasil penyelidikan untuk manfaat penyelidik dan masyarakat. Beliau turut aktif dalam penulisan ilmiah dan pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

