PEGAWAI KERJA

YANG MULIA ABDUL HAFIZ BIN ASBOL

KETUA BAHAGIAN KEWANGAN DAN HASIL

BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

JABATAN PERDANA MENTERI

Abdul Hafiz bin Asbol berkhidmat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah mulai daripada 1 April 2021 sebagai Pegawai Kerja.

Awal penglibatan Bersama BKISHHB beliau telahpun dilantik untuk mengetuai Unit Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan kemudiannya dilantik

Untuk mengetuai Bahagian Kewangan dan Hasil pada 27 Jun 2026 dan diamanahkan untuk memantau, menyelaras dan memastikan kelancaran operasi BKISHHB selaras dengan objektif, Dasar dan hala tuju organisai.

Beliau adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana di dalam Kewangan Islam (Islamic Finance) daripada Universiti Brunei Darussalam. Dan menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Brunei Darussalam

Dalam bidang Environmental Studies.

Diantara sumbangan yang diberikan adalah merangka Skim Perkhidmatan Galeri Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mana disarankan untuk diguna pakai di Jabatan-Jabatan lain yang mempunyai core business ke-muziuman.