Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam @iran_brunei , Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi telah membuat kunjungan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Kunjungan tersebut dimulai dengan Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajib menandatangani lembaran kenangan dan kemudian menerima cenderahati yang diserahkan oleh Pengiran Norazah binti Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Timbalan Pengarah dan Kurator Etnografi Balai Khazanah Islam. Selain itu, kedua pihak juga mengadakan perbincangan mengenai potensi kerjasama.
Disamping itu, Tuan Yang Terutama Duta Besar Iran juga berkempatan untuk menyaksikan lebih dekat dan mendalami ilmu pengetahuan mengenai sejarah-sejarah warisan Islam melalui koleksi artifak termasuk manuskrip-manuskrip dalam bahasa Farsi yang dipamerkan di Galeri Balai khazanah Islam.
