Seramai 28 warga Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah menghadiri kursus Penggunaan Quotation Administration Works Guide (QAGE) pada hari Sabtu 5 Februari 2022.

Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan (DBS), Jabatan Kerja Raya (JKR) tersebut berlangsung di Auditorium BKISHHB dari jam 8.30 pagi hingga ke 4.00 petang.

Turut hadir menyertai kursus tersebut adalah YM Pemangku Pengarah BKISHHB Dr Hj Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Hj Ahmad dan YM Pemangku Timbalan Pengarah BKISHHB Muhammad Ibrahim bin Hj Juma’at.

Kursus yang berlangsung selama sehari tersebut disampaikan oleh Ir. Lily Sunarty binti Hj Yusof (Pemangku Jurutera Kerja Kanan) dan Ir. Nazirul Mubin Bin Haji Mat Rasil (Pmk. Jurutera Kerja) dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan (DBS) Jabatan Kerja Raya (JKR).

Didalam ucapan penghargaan, YM Pemangku Pengarah BKISHHB Dr Hj Mohammed Hussain berterima kasih kepada wakil Jabatan Perkhidmatan Bangunan JKR diatas kesudian mengadakan kursus tersebut dan mengongsikan bahawa kursus tersebut sangat berguna dan bermanfaat untuk dilaksanakan dan dipraktikkan untuk warga BKISHHB dari masa ke semasa.