Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan daripada Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengkajian Borneo pada hari Isnin, 29 Ogos 2022.
Sesi lawatan ini diadakan bagi tujuan untuk melihat dan mengetahui secara lebih dekat proses-proses kerja merangkumi penyelidikan, pemeliharaan, arkib, penjagaan dan pengurusan koleksi-koleksi bahan sejarah seperti manuskrip, buku, jurnal dan bahan rujukan yang lain.
