Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah mengadakan latihan kebakaran dan pengosongan bangunan bertempat di BKISHHB pada 17 September 2022.

​​Senario latihan melibatkan kebakaran di ruang bawah tanah dan 3 orang mangsa mendapat kecederaan ringan semasa hendak keluar ke Assembly Point. Apabila tiba di tempat tersebut, tindakan anggota Bomba segera memadamkan kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api jenis Dry Powder 4 kilogram sebanyak 2 nos. Mangsa dapat dikeluarkan oleh fire marshalnya sendiri.
​
Seramai 87 orang pegawai dan kakitangan telah mengikuti latihan tersebut yang diadakan oleh BKISHHB dan Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A.

Tujuan latihan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran serta mengetahui tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran.

Latihan ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif Dan bersistematik.

Turut serta dalam latihan tersebut ialah Yang Mulia Pmk. Pengarah BKISHHB Dr. Hj Awang Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Hj Awang Ahmad bersama Pmk Timbalan Pengarah BKISHHB. Turut hadir semasa latihan ialah Yang Mulia Pg Hj Asmali Bin Pg Hj Ahmad, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’.

Dikesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.