Lawatan tersebut merupakan program perkembangan yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77, Tahun 2023.

Rombongan PEMODA disertai oleh seramai 80 ahli persatuan berkenaan dan diketuai oleh Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

Ketibaan rombongan di BKISHHB dialu-alukan olej Pegawai Pameran, Awang Haji Abdul Hazim bin Haji Saman.

Lawataan tersebut bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para ahli persatuan mengenai sejarah islam dan juga dalam masa yang sama memberi pendedahan kepada mereka mengenai penulisan-penulisan Islam dan sejarah para Ilmuan Islam.

Rombongan berpeluang menyaksikan pelbagai bahan pameran yang menarik dalam sembilan galeri pameran tersebut, termasuk koleksi-koleksi Mushaf pelbagai bentuk dan ukuran, cebisan burdah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, koleksi pelbagai Manuskrip Islam, peralatan Astronomi Islam, tongkat, tasbih, fosil dan banyak lagi.

BKISHHB merupakan manifestasi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memelihara khazanah cendekiawan Islam dengan menggiatkan pengembangannya melalui aktiviti pengumpulan, pemeliharaan, pengkajian, pameran, penyebaran, penyelidikan serta mengongsikan natijahnya bagi kemajuan Islam dan umat seumumnya serta menjadikannya ‘One Stop Islamic Tourism Destination’.