Bandar Seri Begawan, Rabu 2 Ogos 2023. – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BIKSHHB) menerima kunjungan lawatan dari The International Halaqah Muslimah group Brunei Darussalam, kumpulan Muslimah wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan penduduk tetap Brunei.
Lawatan seramai 25 orang tersebut diketuai oleh Hajah Mariam Binti Abdullah.
Hadir menyambut rombongan lawatan ialah Dayang Hajah Siti Norhayatty Binti Haji Morni, Kurator Pemeliharaan dan Pembaikan.
Menurut wakil perhubungan rombongan, lawatan kumpulan Halaqah Brunei adalah sebahagian daripada aktiviti keugamaan kumpulan tersebut yang dianjurkan setiap minggu.
Lawatan ke BKISHHB bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan islam disamping mendedahkan kepada para ahli persatuan mengenai sejarah artifak-artifak islam dan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
