JALINAN PERSAHABATAN BRUNEI DARUSSALAM DAN KESULTANAN OMAN MENERUSI PAMERAN KHAS FOTO

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyaksikan majlis bersejarah dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman bagi menyempurnakan Perasmian Pameran Khas Foto Jalinan Kesultanan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
Pameran Khas Foto bertajuk ‘Jalinan Kesultanan’ (Bridging the Sultanates) ini memaparkan keakraban hubungan persahabatan, ikatan diplomatik dan kerjasama erat antara Negara Brunei Darussalam dengan Kesultanan Oman yang telah terjalin kukuh sejak 24 Mac 1984.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan menyaksikan sendiri pameran istimewa ini sebelum ia berakhir pada hari Ahad, 8 November 2026. Pameran Khas Foto Jalinan Kesultanan ini seterusnya akan dibukakan kepada orang ramai di Hab Tenaga Brunei, Dermaga Diraja, bermula 14 November hingga 31 Disember 2026.
📅 Tarikh: Selasa hingga Ahad, 3 hingga 8 November 2026.
⏰ Waktu Pembukaan: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Tempat: Ruang Lobi, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
🎟️ Kemasukan: PERCUMA.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menerokai Galeri 1 hingga 9 BKISHHB yang dibuka setiap hari kecuali hari Juma’at, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu operasi tiket dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
