BKISHHB

Berita


BKISHHB TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman Ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry
12/12/2023


​Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman Ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry telah membuat lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).

BKISHHB-2.jpg

Kehadiran Puan Yang Terutama Erma telah disambut oleh Yang Mulia Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, Pengarah BKISHHB.

Lawatan berkenaan dimulakan dengan menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya beredar ke Galeri Pameran untuk menyaksikan bahan-bahan artifak bersejarah yang dipamerkan di Galeri-Galeri BKISHHB.


Attachments