BKISHHB

Berita


YDP Negeri Melaka adakan lawatan ke BKISHHB
10/11/2023


​Semenjak perasmiannya pada 12 Oktober 2019, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) sering menjadi tumpuan lawatan pengunjung termasuk para pembesar dan tetamu dari dalam dan luar negara.


WhatsApp Image 2023-12-26 at 10.03.45 AM.jpeg

Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan BKISHHB pagi tadi menerima kunjungan daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd. Rustam; dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari.

Hadir mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali; dan Pemangku Pengarah BKISHHB, Haji Muhammad Ibrahim bin Haji Juma'at.

Acara dimulakan dengan lawatan ke Galeri Pameran BKISHHB dan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.

Antara bahan pameran yang menarik dalam sembilan galeri pameran berkenaan termasuk koleksi-koleksi mushaf pelbagai bentuk dan ukuran, rambut mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Seterusnya, cebisan burdah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, koleksi pelbagai manuskrip Islam, peralatan Astronomi Islam, tongkat, tasbih, fosil dan banyak lagi.

Galeri-galeri pameran di BKISHHB dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali Jumaat.
Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah.


Attachments