BKISHHB

Berita


Majlis Pembukaan Program Pengurusan Koleksi Muzium
21/05/2024


​Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Brunei Darussalam, telah melancarkan Majlis Pembukaan Program Pengurusan Koleksi Muzium pagi tadi.

Program yang diadakan selama tiga hari di Balai Khazanah ini akan dikendalikan oleh Interim Deputy Director for Collections and Exhibitions at the Smithsonian National Museum of Asian Art, Danielle Bennett, yang didatangkan melalui the U.S. Speaker Program iaitu sebuah program daripada the U.S. Department of State Bureau of Educational and Cultural Affairs dimana ianya menghubungkan pakar dari AS dengan rantau antarabangsa dalam pelbagai topik yang merangkumi pemeliharaan budaya hingga kemakmuran ekonomi atau diplomasi pendidikan.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Hj Awang Halbi bin Hj Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Balai Khazanah, telah menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat dan merasmikan pelancaran program tersebut. Turut hadir Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland.
RafieRoslan_BKISHHB-25.jpg

Lebih 30 pakar dan pentadbir muzium dari Balai Khazanah, Jabatan Muzium-Muzium, Pusat Sejarah Brunei, Pusat Da’wah Islamiah, Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Muzium Pasukan Polis Diraja Brunei dan Galeri Matawang Negara Brunei Darussalam turut serta dalam program ini, yang akan merangkumi pelbagai bidang seperti dasar dan etika pengurusan artifak, pengurusan rekod, dan penjagaan pencegahan koleksi muzium.

RafieRoslan_BKISHHB-44.jpg

Pengarah Balai Khazanah menyatakan bahawa program ini bukan sahaja usaha terpencil tetapi juga platform untuk memperkenalkan kemampuan Balai Khazanah kepada dunia. Ia merupakan bukti komitmen BKISHHB untuk menjadi pusat utama dalam pemeliharaan dan penyebaran ilmu Islam, seperti yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

PYT Duta Besar AS ke Brunei Darussalam menyatakan bahawa kerjasama dalam bengkel ini bertepatan dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Amerika Syarikat-Brunei yang berteraskan persahabatan.





Attachments