BKISHHB

Berita


LAWATAN ROMBONGAN PEMBENTANG bagi Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB)
04/06/2024


​Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan rombongan dari luar negara yang terdiri daripada peserta atau pembentang bagi Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) telah membuat kunjungan lawatan ke Galeri Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) petang kelmarin.
RafieRoslan_BKISHHB_30052024-14.jpg

Turut hadir ialah Profesor Dr. Zaenuddin Hudi Prasojo dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Pontianak beserta dengan rombongan yang berjumlah melebihi 80 orang bertujuan untuk menerokai setiap artifak tamadun Islam yang terdapat di Balai Khazanah disamping lawatan ke tempat-tempat lain di Negara Brunei Darussalam yang menarik perhatian.
Menurut Profesor Dr. Zaenuddin beliau merasa sangat bangga dengan usaha dari Negara Brunei melalui sokongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang-Dipertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah membangun Balai Khazanah sebagai sebuah institusi di Asia Tenggara yang kaya dengan ilmu, budaya dan nilai-nilai luhur bangsa sebagai usaha menghargai sejarah Islam dan pelaksanaan ke arah perkembangan pengetahuan yang lebih maju serta mampu bersaing dengan bangsa lain.

Sehubungan dengan itu, Keberadaan peserta KAIB tersebut di Negara Brunei Darussalam juga bertujuan untuk mengadakan konferensi Antarabangsa Islam Borneo yang ke-15 (KAIB XV) melalui kerjasama dengan UNISSA yang bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Negara Brunei Darussalam.


Attachments