BKISHHB

Berita


Pelancaran Logo Bangunan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
18/07/2024


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, pagi tadi berkenan berangkat ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

452072734_18013430207602346_8635810010433270392_n.jpg

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Balai Khazanah; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, selaku Ahli Lembaga Penasihat Balai Khazanah.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan melancarkan Logo Bangunan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang mengandungi lambang peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta nama Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam tulisan rumi dan jawi ‘Thuluth Jali’ bagi melambangkan Negara Brunei Darussalam yang memartabatkan penggunaan tulisan jawi.


451863877_18013430216602346_7284470668371698449_n.jpg

Terdapat sembilan (9) logo ditempatkan di lima (5) lokasi berasingan di sekitar Bangunan Balai Khazanah, di mana satu logo terbesar telah ditempatkan di bahagian hadapan Bangunan berkenaan. Logo tersebut dihiasi dengan lampu neon ini yang dinyalakan bermula dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun.

Attachments