BKISHHB

Berita


LAWATAN DARI MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN MALAYSIA
08/08/2024


Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Malaysia telah mengadakan kunjungan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama dengan rombongan delegasi-delegasi Kementerian berkenaan sempena Lawatan Kerja ke Negara Brunei Darussalam pagi tadi.
 
Ketibaan rombongan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Jeffrynul Hafli bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Mulia Dayang Salinah binti Haji Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan dan Yang Mulia Dayang Kartini binti Haji Kabri, Pemangku Pengarah Polisi dan Perancangan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
 

454500011_1020689512744178_7391193358251130985_n.webp.jpeg


Yang Berhormat Dato Seri Haji Mohamad bin Sabu memulakan lawatan dengan menandatangani Lembaran Kenangan dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.


454391460_1285765512409625_8370297540010303512_n.webp.jpeg
 
Rombongan seterusnya beredar ke Galeri Istimewa Balai Khazanah Islam untuk menyaksikan Pameran Kesenian Orientalis 'Faith & Devotion' yang mempamerkan karya seni lukisan-lukisan Orientalis Abad Ke-19 mengenai budaya dan agama Islam.


454488304_1903231670146341_1177839335942837466_n.webp.jpeg
 
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan rombongan turut berkesempatan menyaksikan Galeri Pameran Balai Khazanah Islam yang menempatkan koleksi Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan koleksi artifak sejarah ketamadunan Islam. 


454489592_1012696610443663_1331983792867610119_n.webp.jpeg
 
Sejak pembukaan semula galeri pameran BKISHHB kepada orang awam pada 12 Disember 2022, sehingga kini institusi berkenaan telah menerima sekitar 23,000 pengunjung yang terdiri bukan sahaja daripada orang awam dan para pelancong dari luar negara, malahan ia juga menarik perhatian para pembesar dan ketua-ketua negara.

454473746_1016375700223852_8170343034952565840_n.webp.jpeg


Attachments