BKISHHB

Berita


Majlis Penghargaan Dan Penyampaian Hadiah Pemenang Kuiz Majlis Ilmu 2024
26/10/2024


​Majlis Penghargaan Dan Penyampaian Hadiah Pemenang Kuiz Majlis Ilmu 2024 sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun diadakan petang tadi di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

464605341_880229560527470_3607919284043813896_n.jpg

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Seminar Majlis Ilmu 2024 dalam ucapannya antara lain menggariskan kepentingan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan sehingga mampu menjayakan perlaksanaan Majlis Ilmu 2024 dengan lancar dan sempurna.

Penyampaian Hadiah Pemenang Kuiz Majlis Ilmu 2024 yang telah diadakan semasa Acara Seminar dan Forum ke Daerah-Daerah serta Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Para Penaja Majlis Ilmu 2024 disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, selaku tetamu kehormat Majlis.

Antara penaja-penaja bagi Majlis Ilmu 2024 ialah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan KN Nursery.

464764722_1093605369072810_5522234969806952298_n.jpg

Seramai 24 pemenang yang disenarai pendek menerima undian hadiah utama sumbangan dari BIBD dan 3 pemenang bertuah telah menerima 3 tiket penerbangan serta penginapan 3 hari 2 malam sama ada di Kuala Lumpur, Bangkok dan Jakarta.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II disampaikan oleh Awang Junaidi bin Haji Masri, Pengarah Urusan BIBD.
464968004_921788303340843_8645202962848673408_n.jpg


Majlis Ilmu 2024 merupakan salah satu Majlis Utama Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 pada tahun ini.

Bertemakan ‘Menangani Gejala Mental' Majlis Ilmu pada tahun ini memberikan tumpuan kepada kesihatan mental yang pada masa ini telah menjadi salah satu isu kesihatan global yang dialami oleh berjuta rakyat di seluruh dunia.








Attachments