BKISHHB

Berita


BENGKEL “ETNOBOTANI: HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN TUMBUHAN” DIADAKAN DI BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
05/11/2024


Bandar Seri Begawan, Selasa, 5 November 2024 - Sebuah bengkel bertajuk 'Etnobotani: Hubungan antara Manusia dan Tumbuhan' yang dianjurkan bersama oleh Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri dan Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam (UBD BRC) di Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), UBD diadakan pada 5 November 2024 di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bengkel ini adalah sebahagian daripada kerjasama yang sedang dijalankan diantara Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan UBD, bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran mengenai pengenalan dan klasifikasi tumbuhan, latihan praktikal mengenai penyediaan spesimen botani di samping memudahkan perbincangan di kalangan peserta-peserta bengkel. 


465545930_922309159770715_6156113456412940789_n.jpg


Objektif bengkel ini adalah untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan dan mempromosikan penggunaan sumber tumbuhan secara lestari di Brunei Darussalam.


Bengkel ini dihadiri oleh peserta dari agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan. Semasa bengkel, peserta juga diperkenalkan kepada etnobotani dan penggunaan budaya tumbuhan termasuk kaedah penyelidikan dalam kajian etnobotani. 


Aktiviti praktikal memberikan peserta pengenalan kepada konsep dan kepentingan teknik-teknik bertujuan untuk menbiakkan tumbuhan yang mempunyai nilai budaya dan pemeliharaannya untuk kajian saintifik. Komponen praktikal bengkel ini dipimpin oleh Nurul Hazlina Haji Zaini dan Mohammad Amiruddin Ruslan dari UBD BRC.


465896674_572529161819558_1623134612973469689_n.jpg


Bengkel yang diadakan selama sehari ini ditutup dengan penyampaian sijil kepada fasilitator dan peserta bengkel oleh Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.


465200840_1427806944852348_2749821798911765519_n.jpg



Attachments