BKISHHB

Berita


LAWATAN DARI PUSAT EHSAN AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM
06/11/2024


Bandar Seri Begawan, 6 November 2024 - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah menerima kunjungan lawatan rombongan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pegawai-pegawai Pameran dan kakitangan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


465408709_1221144858976980_6180245272916341428_n.jpg


Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan menyaksikan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta koleksi artifak sejarah Islam yang menarik yang terdapat di galeri Balai Khazanah Islam serta menerokai keindahan seni bina bangunan yang unik.


465684474_1591724288360863_2693196223169490766_n.jpg


Maklumat-maklumat mengenai tiket masuk boleh diperolehi dengan mengunjungi kaunter-kaunter tiket di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, atau dengan melayari laman sesawang rasmi www.bkishhb.gov.bn untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.


465968575_413001098534444_8886465186177536552_n.jpg



Attachments