Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengadakan Kursus dan Latihan Jurupandu Pelancong dan VIP pada 5 Januari 2021.

Kursus tersebut disampaikan oleh Pg Kemariah binti Pg Haji Duraman jurupandu pelancong yang diiktiraf dan dicadangkan olrh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Hadir menyertai kursus yang berlangsung pada 3 hingga 8 Januari tersebut adalah pegawai-pegawai dan kakitangan BKISHHB.

Kursus tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Auditorium dan Galeri, BKISHHB.

Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus ialah Yang Mulia Pemangku Pengarah BKISHHB Dr. Haj iMohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Turut hadir di majlis penyampaian sijil ialah Yang Mulia Pemangku Timbalan Pengarah BKISHHB Muhammad Ibrahim bin Haji Juma’at.