Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menerima kunjungan lawatan daripada Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

Rombongan seramai 9 orang tersebut diketuai oleh YM Doktor Khairul Fauzi Bin Azmi, Pengarah Dasar Dan Pengurusan Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

Rombongan Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) berada di Brunei untuk menyertai program Ihya Ramadhan bagi tahun 1444H bersamaan 2023M anjuran Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).