Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) mengadakan Bengkel dan latihan Filologi selama 3 hari iaitu pada 9 Oktober hingga 11 Oktober 2023 di Dewan Auditorium (BKISHHB).

Tujuan Bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan akan kepentingan pengajian terhadap manuskrip yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam pelbagai ilmu melalui penjanaan dan kemahiran.