Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah terima lawatan rasmi Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta Isteri dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam pada hari Selasa, 05 Mei 2026 sebelah petang.
Hadir menyambut kedatangan rombongan ialah Pegawai Etnografi, Pengiran Mohammad Wafi bin Pengiran Haji Abdul Rahim serta pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.
Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak memulakan lawatan dengan menandatangi lembaran kenangan diikuti dengan penyerahan cenderamata dari pihak Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Rombongan seterusnya beredar ke Ruang Legar untuk penerangan ringkas sebelum dibawa melawat ke 9 buah galeri yang tedapat Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
