Simposium Seni Bina Islam 2026 meneruskan sesi panel ketiga dan terakhir, menampilkan Arkitek dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Ar. Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd. Nor selaku moderator.
Hadir bagi sesi panel ketiga ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliudin bin Haji Abdul Rahman.
Sesi panel ketiga menampilkan pembentang pertama Pemangku Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri dengan tajuk ‘Seni Bina Islam dan Garis Panduan Pembinaan Masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam’.
Seterusnya pembentang kedua, Profesor Dr. Ooi Keat Gin dari Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam yang menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Abdel-Wahed El-Wakil and Chien Chung (Didi) Pei and Brunei Architecture Showcasing the Confluence of Heritage, National Identity, and Sustainable Communal Well-being’.
Pembentangan terakhir disampaikan oleh Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman dari Syarikat Eco Bumi and Partners dengan tajuknya ‘From Vision to Legacy – Designing Sacred Spaces’.
Sesi panel ketiga membuka ruang sesi soal jawab memberikan peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dan bertukar pandangan secara langsung bersama ahli-ahli panel mengenai tema yang dibincangkan.
Objektif simposium berkenaan diadakan adalah sebagai platform anjuran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Kerjasama Kementerian Pembangunan menghimpunkan para arkitek, cendekiawan, ahli profesional, ekspatriat, pelajar, dan pihak berkepentingan.
Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai seni bina Islam sebagai satu pendekatan yang menggabungkan nilai estetik, etika, inovasi hijau, dan Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), di samping memelihara kelestarian alam sekitar serta identiti budaya warisan masyarakat Negara Brunei Darussalam.
