Satu delegasi daripada Rombongan Study Tour of the Air Force War College of Nigeria telah melawat Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada Selasa, 9 Jun 2026, semasa lawatan rasmi mereka ke Brunei Darussalam.
Lawatan bersama Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) tersebut memberi peluang kepada delegasi berkenaan untuk meneroka pelbagai koleksi artifak warisan sejarah dan budaya Islam secara meluas yang dipamerkan di kesemua sembilan galeri.
