Loading Events

« All Events

“Next Destination: BKISHHB” Sunday Shuttle Bus

October 25 @ 10:30 am - November 29 @ 5:00 pm
Nikmati PERKHIDMATAN BAS ULANG-ALIK PERCUMA ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) pada setiap hari Ahad, mulai 10.30 pagi hingga 5.00 petang.

  • 25 Oktober 2026
  • 1 November 2026
  • 8 November 2026
  • 15 November 2026
  • 22 November 2026
  • 29 November 2026

Sila baca dan teliti terma dan syarat serta etika penggunaan bas berikut sebelum awda membuat pendaftaran.

TERMA DAN SYARAT

1. Orang ramai yang berminat hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu bagi memastikan tempat duduk dapat disediakan. Pendaftaran akan ditutup pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

2. Minimum lima (5) orang penumpang. Perkhidmatan bas tidak akan beroperasi dalam satu slot masa sekiranya bilangan penumpang yang berdaftar kurang daripada lima (5) orang.

3. Penumpang boleh memilih slot masa yang disediakan bagi perjalanan pergi dan balik ke BKISHHB. Walau bagaimanapun, kedua-dua perjalanan hendaklah menggunakan lokasi menaiki dan menuruni bas yang sama.

4. Perkhidmatan bas hanya akan beroperasi antara lokasi menaiki dan menuruni bas yang telah ditetapkan oleh BKISHHB. Sebarang perhentian di tempat lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Pastikan awda merujuk jadual perjalanan yang ditetapkan dengan lokasi menaiki bas yang dipilih dan kehadiran adalah 10 minit SEBELUM waktu berlepas.

6. Tempat duduk adalah TERHAD dan keutamaan diberikan kepada first-come, first-served.

🚌 ETIKA SEMASA BERADA DI DALAM BAS

Bagi memastikan perjalanan yang selesa, selamat dan menyenangkan bagi semua penumpang, kerjasama awda adalah dipohon untuk mematuhi etika berikut:

1. Dilarang makan dan minum di dalam bas.

2. Pastikan kebersihan bas terpelihara. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

3. Pastikan perbualan pada tahap suara yang rendah semasa berada di dalam bas.

4. Pastikan barang-barang peribadi awda terjaga dan tidak meninggalkan tanpa pengawasan.

5. Sila patuhi arahan dan garis pandu yang ditetapkan oleh pihak bas.

6. Penumpang hendaklah berkelakuan tertib dan menjaga tingkah laku semasa berada di dalam bas.

🕒 JADUAL PERJALANAN BAS

Sila rujuk poster-poster yang disediakan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan bas.

*Penting: Sila pilih jadual perjalanan yang awda mahu mengikut lokasi serta jadual menaiki bas yang disediakan untuk destinasi ke BKISHHB.

Kami Nantikan Kedatangan Awda di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah!

1. JADUAL BAS DI YAYASAN
2. JADUAL BAS DI RIMBA POINT
3. JADUAL BAS DI HOTEL BADI’AH

4. JADUAL BAS DI J HOTEL & J VISTA HOTEL

5. JADUAL BAS DI PARKVIEW HOTEL & TIMES HOTEL 

Details

  • Start: October 25 @ 10:30 am
  • End: November 29 @ 5:00 pm
  • Event Category:

Venue

  • Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  • United States + Google Map