Skip Ribbon Commands
Skip to main content

BKISHHB > Pengetahuan > Penyelidik > Researcher
Peranan dan Inisiatif

Peranan dan fungsi Bahagian Penyelidikan dan Perkhidmatan (Unit Arkib) adalah untuk menyimpan koleksi artifak seperti Manuskrip dan Mushaf. Manakala fungsi lain bagi Unit Arkib Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah untuk menyediakan fasiliti yang lengkap bagi para penyelidik menjalankan kerja-kerja penyelidikan, antaranya adalah penyediaan kaedah digitasi terhadap bahan-bahan koleksi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk kepentingan rekod dan juga sebagai bahan rujukan utama.

Inisiatif untuk mendigitalkan bahan-bahan dalam koleksi ini merupakan salah satu usaha untuk mencapai hasrat Kebawah Duli sepertimana Titah Baginda sempena Pembukaan Majlis Ilmu 2019, yang menyatakan bahawa Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga mempunyai peranan yang sangat luas iaitu mengumpul, memelihara, mengkaji dan menyebarkan, khazanah ilmu untuk kemajuan Islam dan umat seumumnya. Justeru, daripada petikan Titah ini, secara kesimpulannya, ia telah menerangkan peranan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu mengumpul (penyimpanan), memelihara (pemeliharaan), mengkaji (penyelidikan), menyebarkan (penyebaran), serta mempamerkan (pameran).

Card image cap

Pendaftaran

PENDAFTARAN

Daftar hari ini sebagai ahli dan mula menikmati faedah keahlian penyelidik.
Kadar dan Tempoh Keahlian:
BND 30 - 1 tahun
BND 10 - 3 bulan