TAMAN HERBA

Kita semua menyukai tumbuhan atas pelbagai sebab. Ada yang gemar merawat koleksi mereka secara berterusan, manakala yang lain mungkin hanya menghargai keindahannya. Singgah ke Balai Khazanah Islam untuk menerokai koleksi tumbuhan kami. Anda mungkin tekejut dengan manfaat yang tidak dijangka daripada tumbuhan kami.

Ziziphus Mauritiana

Ziziphus Mauritiana, atau lebih dikenali sebagai bidara atau Indian jujube, ialah pokok bersaiz kecil hingga sederhana yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Ia mempunyai konopi yang melebar dengan dahan yang menjuntai.

FICUS CARICA

Ficus carica, atau lebih dikenali sebagai buah tin, adalah pokok atau semak besar yang boleh tumbuh setinggi 7-10 meter. Ia mempunyai kulit kayu yang licin berwarna kelabu dan kanopi yang lebat serta melebar. 

AGATHIS BORNEENSIS

Agathis borneensis berasal dari Borneo dan sebahagian Semenanjung Malaysia. Ia biasanya tumbuh di hutan hujan tropika, subur di hutan rendah dan bukit sehingga ketinggian sekitar 900 meter. 

 

ALOE VERA

Aloe vera ialah tumbuhan sukulen yang dicirikan oleh daunnya yang tebal, berisi, dan berwarna hijau hingga kelabu-hijau. Daunnya berbentuk lembing (lanceolate) dengan tepi bergerigi dan tersusun dalam bentuk roset.

 

AQUILARIA MALACCENSIS

Aquilaria malaccensis, yang lebih dikenali sebagai gaharu, agarwood, atau eaglewood, ialah spesis pokok dari keluarga Thymelaeaceae. Ia merupakan pokok malar hijau bersize sederhana hingga besar, mampu mencapai ketinggian sehingga 40 meter.

DILLENIA SUFFRUTICOSA

Simpur merujuk kepada beberapa spesis pokok malar hijau dan renek dalam genus Dillenia, yang berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan ini dikenali dengan daunnya yang berkilat dan tebal, bunga yang besar dan menarik, serta bunga yang unik.

PIPER BETLE (BETEL LEAF)

Piper betle ialah sejenis tumbuhan menjalar saka yang sentiasa hijau daripada keluarga Piperaceae. Tumbuhan ini dicirikan oleh daunnya yang berbentuk hati, berkilat dan beraroma. Ia memanjat menggunakan akar adventitius dan boleh mencapai panjang sehingga 5 meter.

ACALYPHA HISPIDA

Acalypha Hispida ialah sejenis pokok renek tropika yang menghasilkan bunga merah lembut dan berbulu yang bergantung dari ketiak daun, menyerupai helaian benang atau ekor, yang boleh mencapai panjang sehingga 45 cm.

 

 

ALPINA GALANGA

Alpinia galanga, atau Lengkuas, ialah sejenis tumbuhan herba besar yang boleh tumbuh sehingga 3.5 meter tinggi. Rizomnya merupakan bahan serbaguna yang digunakan dalam masakan Asia Tenggara seperti lontong, rendang dan campuran rempah, memberikan rasa pedas berempah serta melengkapkan rasa bahan-bahan lain dalam masakan.

ALSTONIA ANGUSTILOBA

​​Alstonia angustiloba ialah sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter, dengan kanopi berbentuk pagoda dan percabangan bertingkat. Kulit batangnya berwarna kelabu gelap, licin ketika muda dan menjadi sedikit retak apabila semakin tua. Kayunya berwarna kuning pucat dan lembut