GALERI

Terokai koleksi khazanah Kebawah Duli Yang Maha Mulia – merangkumi hampir 1,000 tahun artifak! Galeri ini dibahagikan kepada 9 bahagian, pilihlahyang menarik minat anda!

GALERI 1 : KEBESTARIAN RAJA

Galeri ini memfokuskan kepada kepimpinan, keperibadian dan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dari perspektif agama Islam. Sebahagian bahan koleksi yang dipamerkan

 

GALERI 2 : MUSHAF

Galeri ini mempamerkan koleksi mushaf milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam perlbagai bentuk, warna dan penulisan yang berasal dari Palestin, Malaysia, Indonesia, Iran

 

GALeRI 3 : RAMBUT MULIA RASULULLAH ﷺ

Galeri ini mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ﷺ

 

GALERI 4 : ATHAR SAHABAT

Galeri ini mempamerkan koleksi barang peninggakan para Sahabat Rasulullah ﷺ yang sebahagiannya terdiri dari replika Al-Qur’an Utsmani, pedang – pedang, rambut dan janggut para sahabat serta cucunda Rasulullah ﷺ

 

GALERI 5: WARISAN ILMU I

Galeri ini mempamerkan koleksi mata wang dan manuskrip Islam milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai bidang ilmu agama dengan Bahasa Arab. Parsi dan Melayu (Jawi)

 

GALERI 6 : WARISAN ILMU II

Galeri ini mempamerkan kiswah Kaabah (kain sutera hiasan) sebagai tumpuan utama yang berkait rapat dengan ibadah haji (rukun Islam kelima) dan tirai makan Rasulullah ﷺ serta koleksi Islam, manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu agama dalam bahasa Arab

GALERI 7 : TANDA - TANDA KEBESARAN ALLAH TA'ALA

Galeri ini mempamerkan kumpulan fosil flora dan founa yang jelas memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah سبحانه و تعالىFosil fauna adalah terdiri daripada Lycopteridae (ikan), Pinnidae (kerang), Mollusca (siput), Galenidae (ketam), batu karang dan sebagainya.

GALERI 8 : ASTRONOMI

Galeri ini menempatkan alat-alat tradisional yang digunakan oleh para sarjana Islam dalam bidang astronomi seperti astrolab, kuadran, kompas, tolak hujan, glob samawi dan teleskop.

 

 

GALERI 9 : KESENIAN ISLAM, TONGKAT DAN TASBIH

Galeri ini memperlihatkan kesenian Islam seperti jenis khat kaligrafi, rehal, tekstil, seni bina dan seramik. Galeri ini juga mempamerkan tongkat dan tasbih yang merupakan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam