Bandar Seri Begawan, Khamis 10 Ogos 2023 - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menerima kunjungan dari rombongan Delegasi Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East And Southeast Asia Technical Secretariat (CCOPTS) petang tadi. Hadir...
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah buka setiap hari kecuali hari Juma’at, dari 9:00 pagi ke 5:00 petang.
BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MERUPAKAN MANIFESTASI HASRAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK MEMELIHARA KHAZANAH CENDEKIAWAN ISLAM DENGAN MENGGIATKAN PENGEMBANGANNYA MELALUI AKTIVITI PENGUMPULAN, PEMELIHARAAN, PENGKAJIAN, PAMERAN, PENYEBARAN, PENYELIDIKAN SERTA MENGONGSIKAN NATIJAHNYA BAGI KEMAJUAN ISLAM DAN UMAT SEUMUMNYA SERTA MENJADIKANNYA
“PUSAT SEHENTI DESTINASI PELANCONGAN ISLAM.”
TERKINI
TEROKAI KOLEKSI KAMI
GALERI 1 : KEBESTARIAN RAJA
Galeri ini memfokuskan kepada kepimpinan, keperibadian dan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dari perspektif agama Islam.
GALERI 2 : MUSHAF
Galeri ini mempamerkan koleksi mushaf milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalm perlbagai bentuk, warna and ciri penulisan yang berasal dari Palestin, Malaysia, Indonesia, Iran
GALLERY 3 : RAMBUT MULIA RASULULLAH ﷺ
Galeri ini mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ﷺ.
GALERI 4 : ATHAR SAHABAT
Galeri ini mempamerkan koleksi barang peninggaalan para Sahabat Rasulullah ﷺ yang sebahagianya terdiri dari replika Al-Qur’an Utsmani, pedang-pedang, rambut dan janggut para sahabat serta cucunda Rasulullah ﷺ.
GALERI 5: WARISAN ILMU I
Galeri ini mempamerkan koleksi mata wang dan manuskrip Islam milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai bidang ilmu agama dengan Bahasa Arab, Parsi dan Melayu (Jawi).
GALERI 6 : WARISAN ILMU II
Galeri ini mempamerkan kiswah Kaabah (kain sutera hiasan) sebagai tumpuan utama yang berkait rapat dengan ibadah haji (rukun Islam kelima) dan tirai makan Rasulullah ﷺ serta koleksi Islam manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu agama dalam bahasa Arab.
TEROKAI TAMAN HERBA
TEKAN SINIPROGRAM & PAMERAN
TEROKAI SENI BINA
BERITA
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Terima Kunjungan International Halaqah Muslimah Group Brunei Darussalam.
Bandar Seri Begawan, Rabu 2 Ogos 2023. - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BIKSHHB) menerima kunjungan lawatan dari The International Halaqah Muslimah group Brunei Darussalam, kumpulan Muslimah wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan penduduk...
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Menerima Kunjungan Lawatan Dari Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA).
Lawatan tersebut merupakan program perkembangan yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77, Tahun 2023. Rombongan PEMODA disertai oleh seramai 80...
PENERBITAN
RANCANG LAWATAN AWDA
Perjalanan ke Balai Khazanah Islam
Soalan – Soalan lazim
POSKAD
Rekad poskad digital awda sendiri
PAUTAN SEGERA
SAYA INGIN MENGAKSES


















