GALERI
Terokai koleksi khazanah Kebawah Duli Yang Maha Mulia – merangkumi hampir 1,000 tahun artifak! Galeri ini dibahagikan kepada 9 bahagian, pilihlahyang menarik minat anda!
GALERI 1 : KEBESTARIAN RAJA
Galeri ini memfokuskan kepada kepimpinan, keperibadian dan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dari perspektif agama Islam. Sebahagian bahan koleksi yang dipamerkan
GALERI 2 : MUSHAF
Galeri ini mempamerkan koleksi mushaf milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam perlbagai bentuk, warna dan penulisan yang berasal dari Palestin, Malaysia, Indonesia, Iran
GALeRI 3 : RAMBUT MULIA RASULULLAH ﷺ
Galeri ini mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ﷺ
GALERI 4 : ATHAR SAHABAT
Galeri ini mempamerkan koleksi barang peninggakan para Sahabat Rasulullah ﷺ yang sebahagiannya terdiri dari replika Al-Qur’an Utsmani, pedang – pedang, rambut dan janggut para sahabat serta cucunda Rasulullah ﷺ
GALERI 5: WARISAN ILMU I
Galeri ini mempamerkan koleksi mata wang dan manuskrip Islam milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai bidang ilmu agama dengan Bahasa Arab. Parsi dan Melayu (Jawi)
GALERI 6 : WARISAN ILMU II
Galeri ini mempamerkan kiswah Kaabah (kain sutera hiasan) sebagai tumpuan utama yang berkait rapat dengan ibadah haji (rukun Islam kelima) dan tirai makan Rasulullah ﷺ serta koleksi Islam, manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu agama dalam bahasa Arab
GALERI 7 : TANDA - TANDA KEBESARAN ALLAH TA'ALA
Galeri ini mempamerkan kumpulan fosil flora dan founa yang jelas memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah سبحانه و تعالى. Fosil fauna adalah terdiri daripada Lycopteridae (ikan), Pinnidae (kerang), Mollusca (siput), Galenidae (ketam), batu karang dan sebagainya.
GALERI 8 : ASTRONOMI
Galeri ini menempatkan alat-alat tradisional yang digunakan oleh para sarjana Islam dalam bidang astronomi seperti astrolab, kuadran, kompas, tolak hujan, glob samawi dan teleskop.
GALERI 9 : KESENIAN ISLAM, TONGKAT DAN TASBIH
Galeri ini memperlihatkan kesenian Islam seperti jenis khat kaligrafi, rehal, tekstil, seni bina dan seramik. Galeri ini juga mempamerkan tongkat dan tasbih yang merupakan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
galERI 1: KEBESTARIAN RAJA
GALERI 1 : KEBESTARIAN RAJA:
Galeri ini mengongsikan kebestarian yang dimiliki oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari segi keperibadian, intelektualisme dan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai aspek. Melalui galeri ini, para pengunjung dapat melihat bagaimana Baginda menjadikan dan memartabatkan agama Islam sebagai pegangan dan panduan dalam pemerintahan dengan berkonsepkan Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir sehingga rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dapat menikmati pelbagai bentuk pembangunan dan kemajuan.
Dalam galeri ini juga pengunjung akan dapat menyaksikan beberapa artifak yang mempunyai hubung kait dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti koleksi mushaf Baginda yang dibawa berangkat ke luar negeri, perlbagai edisi Mushaf Brunei Darussalam, Jubah Baginda yang dipakai ketika berangkat pulang daripasa menunaikan ibadah haji, salinan Hukan Kanun Brunei dan buku Raja Melakar Sejarah yang memenangi anugerah sebagai Buku Umum Terbaik ASEAN 2018.
galeri 2: mushaf
galeri 3: Rambut mulia rasulullah ﷺ
galeri 4: ATHAR SAHABAT
galeri 5: Warisan Ilmu I
galeri 6: WARISAN ILMU II
Galeri 6: Warisan Ilmu II
Galeri ini merupakan kesinambungan dari Galeri 5: Warisan Ilmu I. Galeri ini mempamerkan hampir 100 buah naskhah manuskrip merangkumi pelbagai bidang seperti Tafsir, Tarikh/Siran, ilmu Perundangan Islam, Qasidah, Syair, Adab dan Akhlak, ilmu al-Quran, ilmu Perubatan dan sebagainya yang dikarang dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi. Manuskrip-manuskrip ini menjadi asas dalam pembentukan pemikiran dan amalan umat Islam serta merupakan khazanah intelektual yang penting. Melalui galeri ini, para pengunjung dapat menghargai ketekunan dan kecerdasan para ulasan terdahulu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan Islam, yang menjadi asas kepada kehidupan umat Islam hari ini. Antara manuskrip yang dipamerkan Galeri ini seperti Syarah Qasdiah Burdah, kitab al-Minhaj, Mafatih al-Ghayb, Hayat al-Hayawan, Syarah Fusul Abuqrat dan sebagainya.
galeri 7: TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH TA’ALA
galeri 8: ASTRONOMI
galeri 9: kesenian islam, tongkat dan tasbih









