Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) terima kunjungan daripada penceramah-penceramah jemputan dari Malaysia untuk Program Ceramah di Daerah Tutong, Belait dan Temburong sempena Majlis Ilmu 2023.
Rombongan penceramah terdiri dari Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ugama), Malaysia, Haji Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud.
