Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah baru-baru ini menerima lawatan daripada Pusat Dakwah Islamiyah (PDI) cawangan Brunei Muara dan Belait.

Rombongan lawatan dari PDI cawangan Brunei Muara seramai 21 orang yang diketuai/diringi oleh Mohd. Alimin Bin Abd Wahid, Guru Ugama Terlatih, Bahagian Pembangunan Tarbiyyah Muallaf Daerah Brunei Muara manakala rombongan lawatan dari PDI Daerah Belait seramai 25 orang dan diketuai oleh Nurhuwaina Binti Mahmud, pegawai Perkembangan Ugama, Jabatan Unit Dakwah Daerah Belait
Tujuan lawatan adalah sebahagian daripada aktiviti para peserta golongan muallaf yang mengikuti Skim Bimbingan Muallaf Lanjutan II siri ke 39 yang dikendalikan oleh Pusat Dakwah Islamiyah sekaligus mendedahkan kepada peserta-peserta mengenai sejarah ketamadunan islam dan artifak-artifak islam.
Turut hadir mengiringi kedatangan rombongan lawatan iaitu Amarulariffin Bin Junih, Kurator Pameran.

BKISHHB berperanan sebagai institusi yang mempamerkan dan meyimpan warisan khazanah islam yang sangat bernilai disamping menjalankan aktiviti pengumpulan, penyelidikan, pengkajian, pengembangan dan penyebaran maklumat dan ilmu-ilmu islam kepada orang ramai.