Hajah Nur Kamilah binti Haji Ismail telah dinaikkan pangkat sebagai Kurator Arkeologi pada 14 Disember 2021 dan dilantik sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perkhidmatan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Sebelumnya, beliau telah memegang jawatan Pegawai Arkeologi (11 Mei 2015 – 13 Disember 2021) dan Penyelia Arkib (20 Januari 2014 – 10 Mei 2015) di Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau juga pernah bertugas sebagai sukarelawan di Bahagian Arkeologi dan Monumen, Jabatan Muzium-Muzium dari 10 April 2012 sehingga 18 Januari 2014.
Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Arkeologi daripada Durham University, United Kingdom pada tahun 2010. Pada tahun 2012, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Archaeological Materials daripada University of Sheffield, United Kingdom.