Peranan dan Inisiatif
Peranan dan fungsi Bahagian Penyelidikan dan Perkhidmatan (Unit Arkib)
adalah untuk menyimpan koleksi artifak seperti Manuskrip dan Mushaf.
Manakala fungsi lain bagi Unit Arkib Balai Khazanah Islam Sultan Haji
Hassanal Bolkiah adalah untuk menyediakan fasiliti yang lengkap bagi
para penyelidik menjalankan kerja-kerja penyelidikan, antaranya adalah
penyediaan kaedah digitasi terhadap bahan-bahan koleksi Balai Khazanah
Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk kepentingan rekod dan juga
sebagai bahan rujukan utama.
Inisiatif untuk mendigitalkan bahan-bahan dalam koleksi ini merupakan
salah satu usaha untuk mencapai hasrat Kebawah Duli sepertimana Titah
Baginda sempena Pembukaan Majlis Ilmu 2019, yang menyatakan bahawa
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga mempunyai
peranan yang sangat luas iaitu mengumpul, memelihara, mengkaji dan
menyebarkan, khazanah ilmu untuk kemajuan Islam dan umat seumumnya.
Justeru, daripada petikan Titah ini, secara kesimpulannya, ia telah
menerangkan peranan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
iaitu mengumpul (penyimpanan), memelihara (pemeliharaan), mengkaji
(penyelidikan), menyebarkan (penyebaran), serta mempamerkan (pameran).