Siti Norhayatty binti Haji Morni telah dilantik menjadi Kurator Pemeliharaan dan Pembaikan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 13 Mac 2021. Sebelum perlantikan tersebut, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Saintifik di Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (31 Mac 2005 - 12 Mac 2021).
Beliau telah menerima ijazah muda dalam bidang Bachelor of Science in Environmental Health daripada University of Wales Institute Cardiff, United Kingdom pada tahun 2003. Pada tahun 2012, beliau telah menerima ijazah dalam bidang Master of Science in Conservation Biology daripada University of Kent, United Kingdom.
Berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang kemuziuman terutama dalam bidang pengurusan, health and safety, arkib, perolehan, pemeliharaan, penggalian, restorasi, pembaikan bahan-bahan artifak/ koleksi dan biokepelbagaian fauna dan flora. Pengalaman kemuziuman beliau diperolehi melalui penglibatan selaku pembentang dan mengikuti beberapa persidangan, bengkel, symposium, seminar dan kursus luar negara seperti Borneo, Southeast Asia, Timur Tengah dan United Kingdom. Beliau juga merupakan salah seorang penyelam (PADI certified) sewaktu bertugas di Jabatan Muzium-Muzium.