Pengiran Norazah binti Pengiran Haji Muhammad mula bertugas di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 1 April 2021.
Sebelum itu, beliau bertugas di Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Penyelidik, Bahagian Etnografi pada 1 Mei 2002 dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Etnologi pada 9 April 2005. Pada 27 Januari 2021, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kurator Etnografi di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Brunei (Major) dan Bahasa Melayu dan Linguistik (Minor) dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2001. Pada tahun 2009, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Social Anthropology dari University of Manchester, United Kingdom.