Dayang Halimahtusa’adiah binti Haji Hishamuddin memegang jawatan sebagai Jurutera Kerja di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah bermula 3 Mei 2021 dan telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Bangunan dan Keselamatan.
Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan sebagai Jurutera (bergaji hari) dan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (8 Ogos 2009 - 1 November 2009). Seterusnya beliau diaturkan untuk berpindah ke Bahagian Kaji Tanah dan Kaji Selidik, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya (2 November 2009 – 31 Januari 2021) dan telah ditetapkan dalam jawatan selepas satu tahun perkhidmatan. Berikutnya, beliau telah diperbantukan ke Jabatan Kerja Raya Cawangan Belait dan memangku jawatan Jurutera Kerja di bawah Bahagian Jalan Raya (1 Februari 2023 – 1 Mei 2021).
Dayang Halimahtusa’adiah binti Haji Hishamuddin menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (HONS) dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Queen’s University Belfast, Northern Ireland, United Kingdom pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Projek daripada University of Manchester, United Kingdom.
Beliau telah lulus peperiksaan Chartered Professional Review pada tahun 2019 dan seterusnya didaftarkan sebagai Jurutera Bertauliah (Chartered Engineer) di bawah Institution of Civil Engineering (MICE), United Kingdom pada tahun 2020. Beliau juga telah menjadi ahli di bawah Brunei Darussalam Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (BAPEQS) pada tahun yang sama. Beliau dilantik sebagai Delegated Engineer (DE) bagi ICE Brunei Candidates oleh Kementerian Pembangunan.