Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PENGARAH

YANG MULIA DR HAJI AWANG MOHAMMED HUSSAIN BIN PEHIN PENYURAT HAJI AWANG AHMAD
BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
JABATAN PERDANA MENTERI

Dr Haji Mohammed Hussain telah dilantik sebagai Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri pada 01 Jun 2021.

Sebelum pelantikan tersebut, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kementerian Pendidikan (26 Jun 2014 - 31 Mei 2021); Pensyarah Kanan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam (12 Mei 2014 - 25 Jun 2014); Pemangku Penolong Rektor UNISSA (16 Jun 2012 - 31 Julai 2013); Pensyarah Kanan Fakulti Usuluddin, UNISSA (09 Julai 2011 - 11 Mei 2014); Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA (01 Ogos 2010 - 31 Disember 2012); Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA (20 Ogos 2009 - 31 Julai 2010); Pensyarah Fakulti Usuluddin, UNISSA (01 April 2008 - 08 Julai 2011); dan Pensyarah Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam (17 Februari 2003 - 31 Mac 2008).

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Hadith dan Pengajian Islam daripada Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 2000. Pada tahun 2003, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Hadith dari Universiti Jordan, Amman. Pada tahun 2009 beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Arab dan Islam dari University of Sydney, Australia.