GALERI 1: KEBESTARIAN RAJA
Galeri
ini mengongsikan kebestarian yang dimiliki oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari segi keperibadian,
intelektualisme dan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai aspek. Melalui galeri ini, para
pengunjung dapat melihat bagaimana Baginda menjadikan dan memartabatkan agama
Islam sebagai pegangan dan panduan dalam pemerintahan dengan berkonsepkan
Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir sehingga rakyat dan penduduk di Negara
Brunei Darussalam dapat menikmati pelbagai bentuk pembangunan dan kemajuan.
Dalam galeri ini juga pengunjung akan dapat menyaksikan beberapa artifak yang mempunyai hubung kait dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti koleksi mushaf Baginda yang dibawa berangkat ke luar negeri, pelbagai edisi Mushaf Brunei Darussalam, Jubah Baginda yang dipakai ketika berangkat pulang daripada menunaikan ibadah haji, salinan Hukum Kanun Brunei dan buku Raja Melakar Sejarah yang memenangi anugerah sebagai Buku Umum Terbaik ASEAN 2018.