GALERI 3: RAMBUT MULIA RASULULLAH ﷺ
Nabi Muhammad ﷺ merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Ta'ala untuk seluruh umat. Galeri ini adalah galeri yang sangat istimewa, disediakan khas untuk memperingati Baginda ﷺ sebagai utusan Allah Ta'ala. Di dalam galeri ini, dipamerkan rambut mulia Rasulullah ﷺ serta koleksi replika peninggalan Baginda ﷺ yang lain seperti tongkat, capal, tapak kaki, pedang (al-Qaḍib, al-Ma'thur, dan al-Battar), busur dan cebisan burdah. Galeri ini juga turut mengongsikan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan Rasulullah ﷺ serta kandungan khutbah wida' (perpisahan) iaitu khutbah terakhir Rasulullah ﷺ.