GALERI 5: WARISAN ILMU I
Galeri ini mempamerkan koleksi manuskrip dalam bidang pelbagai ilmu agama dan sains. Terdapat lebih 100 buah naskhah manuskrip dipamerkan di Galeri ini hasil karya para ulama dan cendekiawan Islam terkenal dari zaman dahulu, seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Bukhari, Imam al-Qastallani, dan ramai lagi yang mahir dalam bidang masing-masing. Koleksi manuskrip yang dipamerkan merangkumi pelbagai bidang ilmu agama, termasuk fiqh, akidah, hadits, tasawuf, dan sebagainya, yang ditulis dalam bahasa Arab, Parsi, dan Melayu Jawi. Manuskrip-manuskrip ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan yang bernilai, malah turut memberikan panduan yang penting dalam memahami ajaran Islam dari perspektif para ulama terdahulu. Antara manuskrip yang menjadi tumpuan para pengunjung seperti kitab Ihya Ulumuddin, Fatwa 'Alamgiri, Dala'il al-Khayrat, Sahih al-Bukhari, kitab Muwata' dan kitab Sirat al-Mustaqim karangan ulama Nusantara yang menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu Fiqh di Nusantara.