Galeri 6: Warisan Ilmu II
Galeri ini merupakan kesinambungan dari Galeri 5: Warisan Ilmu I. Galeri ini mempamerkan hampir 100 buah naskhah manuskrip merangkumi pelbagai bidang seperti Tafsir, Tarikh/Sirah, ilmu Perundangan Islam, Qasidah, Syair, Adab dan Akhlak, ilmu al-Quran, ilmu Perubatan dan sebagainya yang dikarang dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi. Manuskrip-manuskrip ini menjadi asas dalam pembentukan pemikiran dan amalan umat Islam serta merupakan khazanah intelektual yang penting. Melalui galeri ini, para pengunjung dapat menghargai ketekunan dan kecerdasan para ulama terdahulu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan Islam, yang menjadi asas kepada kehidupan umat Islam hari ini. Antara manuskrip yang dipamerkan Galeri ini seperti Syarah Qasdiah Burdah, kitab al-Minhaj, Mafatih al-Ghayb, Hayat al-Hayawan, Syarah Fusul Abuqrat dan sebagainya.