BKISHHB

Berita


Taklimat Ketengahkan Design, Architecture BKISHHB
21/12/2022





Beberapa pegawai dan kakitangan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) berpeluang untuk menghadiri Taklimat mengenai Design and Architecture BKISHHB yang disampaikan oleh Syarikat Eco Bumi Arkitek (EBA).

 

Taklimat tersebut diadakan secara praktikal dimulakan dengan melawat kawasan luar bangunan yang disampaikan oleh The Hon. Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

 

Taklimat kemudiannya bergerak ke dalam bangunan dan menerangkan mengenai reka bentuk, fungsi-fungsi fasiliti di dalam bangunan dan juga sejarah dan latar belakang pembinaan bangunan BKISHHB.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.



Attachments