Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita


Visit by Director of Cawangan Khas, Royal Police of Malaysia (PDRM).
28/01/2023



Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia CP Dato Haji Baharuddin bin Haji Ahmad. Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Yang Berbahagia CP Dato Haji Baharuddin berada di Negara Brunei Darussalam diatas urusan rasmi bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri JPM, dan salah satu program urusan rasmi tersebut ialah lawatan ke galeri pameran BKISHHB.

Yang Berbahagia CP Dato Haji Baharuddin serta rombongan seramai 14 orang memulakan lawatan dengan menandatangani Lembaran Kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata daripada Timbalan Pengarah BKISHHB, Haji Muhammad Ibrahim bin Haji Juma'at.

Rombongan seterusnya beredar ke galeri pameran BKISHHB dan mengakhiri lawatan berkenaan dengan sesi bergambar ramai.

Galeri-galeri pameran di BKISHHB dibuka semula untuk kunjungan orang ramai bermula 12 Disember 2022 mulai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali Jumaat.

Antara bahan pameran yang menarik dalam sembilan galeri pameran berkenaan termasuk koleksi-koleksi mushaf pelbagai bentuk dan ukuran, rambut mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, cebisan burdah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, koleksi pelbagai manuskrip Islam, peralatan Astronomi Islam, tongkat, tasbih, fosil dan banyak lagi.​
Attachments