BKISHHB

Berita


BKISHHB TERIMA KUNJUNGAN Profesor Ustaz Dr Haji Abdul Somad
30/01/2023


​alai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan lawatan daripada Profesor Ustaz Dr Haji Abdul Somad Batubara.
WhatsApp Image 2023-01-30 at 3.55.58 PM.jpeg

Turut hadir bersama rombongan ke BKISHHB ialah Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Profesor Ustaz Dr Haji Abdul Somad serta rombongan memulakan lawatan dengan menandatangani Lembaran Kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata daripada Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.

WhatsApp Image 2023-01-30 at 3.55.59 PM.jpeg
Rombongan kemudiannya beredar ke galeri pameran BKISHHB dan mengakhiri lawatan berkenaan dengan sesi bergambar ramai.

Galeri-galeri pameran di BKISHHB dibuka semula untuk kunjungan orang ramai bermula 12 Disember 2022 mulai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali Jumaat.

Antara bahan pameran yang menarik dalam sembilan galeri pameran berkenaan termasuk koleksi-koleksi mushaf pelbagai bentuk dan ukuran, rambut mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, cebisan burdah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, koleksi pelbagai manuskrip Islam, peralatan Astronomi Islam, tongkat, tasbih, fosil dan banyak lagi.


Attachments