Toggle navigation
A
+
A
-
|
Utama
Berita
Mengenai BKISHHB
Currently selected
Mukadimah
Sejarah & Latar Belakang
Lembaga Penasihat
Carta Organisasi
Penyelidikan
Perkhidmatan
Waktu Lawatan
Maklumat Tiket
Borang Tempahan Pembelian Tiket
Iklan Tawaran & Sebut Harga
Tawaran dan Sebutharga
Maklumat
Etika Pakaian Semasa Lawatan
Soalan-Soalan Lazim
Hubungi Kami
BKISHHB
It looks like your browser does not have JavaScript enabled. Please turn on JavaScript and try again.
Berita
Manage Permissions
LAWATAN MUHIBBAH Mufti Australia, Profesor Syaikh Salim Alwan.
11/02/2023
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima Lawatan Muhibbah daripada rombongan Darulfatwa Islamic High Council Australia yang diketuai oleh Mufti Australia, Profesor Syaikh Salim Alwan.
Hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan, Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad dan Timbalan Pengarah BKISHHB, Haji Muhammad Ibrahim bin Haji Juma'at.
Turut hadir bersama rombongan ke BKISHHB ialah Dr Mohammad
Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Profesor Syaikh Salim Alwan serta rombongan memulakan lawatan dengan menandatangani Lembaran Kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata daripada Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.
Rombongan kemudiannya beredar ke galeri pameran BKISHHB dan mengakhiri lawatan berkenaan dengan sesi bergambar ramai.
Galeri-galeri pameran di BKISHHB dibuka semula untuk kunjungan orang ramai bermula 12 Disember 2022 mulai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali Jumaat.
Galeri 3 yang menempatkan Bilik Rambut Mulia Rasulullah ﷺ akan dibukakan untuk kunjungan orang awam bersempena dengan sambutan Isra' Mi'raj pada hari Sabtu, 27 Rejab 1444H bersamaan dengan 18 Februari 2023M (9 pagi hingga 5 petang) dan pada sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam iaitu hari Khamis, 2 Syaaban 1444H bersamaan dengan 23 Februari 2023M (1.30 petang hingga 5 petang).
Attachments