BKISHHB

Berita


lawatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
14/03/2023


​Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima rombongan lawatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia pada 14 Mac 2023.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 3.46.29 PM.jpeg
Hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan Universiti Sultan Zainal Abidin, Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad dan Timbalan Pengarah BKISHHB, Haji Muhammad Ibrahim bin Haji Juma'at.


Tujuan lawatan Universiti Sultan Zainal Abidin ke BKISHHB adalah untuk meneroka kemungkinan kerjasama didalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan sebagainya.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 3.46.34 PM.jpeg
Sebagai sebuah institusi yang menyimpan dan mempamerkan khazanah warisan Islam yang sangat berharga serta berperanan dalam menjalankan aktiviti pengumpulan, penyelidikan, pengkajian, pengembangan dan penyebaran maklumat dan ilmu-ilmu Islam, BKISHHB diharapkan untuk menjadi pusat warisan ilmu Islam, yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu melalui aktiviti-aktiviti keilmuan dengan penglibatan dan komitmen dari institusi-institusi pengajian tinggi bagi menjayakan aktiviti dan program keilmuan tersebut.


Terdapat pelbagai jenis mushaf khususnya dipamerkan di galeri pameran BKISHHB berasal daripada pelbagai negara, antaranya: Negara Arab Saudi, Indonesia, Malaysia, Russia, Sepanyol, Pakistan, India dan lain-lain lagi.


Koleksi mushaf-mushaf tersebut mempunyai pelbagai jenis kaligrafi (ilmu seni tulisan) yang menarik di antaranya: Khat Kufi, Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat Farisi, Khat Rayhani, Khat Diwani, Khat Riq’ah dan sebagainya. Malahan mushaf-mushaf tersebut juga mempunyai pelbagai motif rekaan yang berbeza-beza dan lebih memfokuskan kepada kesenian Islam iaitu dengan menggunakan corak geometri Islam, corak bunga dan dedaun serta penggunaan warna-warna yang menarik.


Antara, Mushaf-Mushaf yang menarik yang terdapat di galeri pameran BKISHHB ialah Mushaf salinan milik Ahmed Syamsuddin Karahisari, Quranic Stone, iaitu mushaf salinan secara pahatan yang ditulis diatas kepingan batu, Mushaf 1000 tahun, koleksi Mushaf Miniatur yang ditulis tangan, Mushaf Alifi Quran, Mushaf Berjilid dan banyak lagi.​​
Attachments